Sejak kecil lg kita digalakkan membaca, dulu 2 smpai kena marah baru nak baca. biasalah time kecik2. tapi itu lah yang patut kita buat dan latih diri kita menjadi seorang yang berguna. Dengan membaca kita dapat ilmu, idea dan method yang membawa kita kearah yang lurus dan mencapai objektif hidup kita. kita selalu mencari2 tujuan hidup dan kaedah mencapainya, sampai secara tidak sedar media television menjadi sample untuk kita menuju kejayaan walhal ada panduan or sample yg terbaik sepjg zaman untuk kita ikut. kita byk didedahkan dengan info barat, bukan nak tolak semua tapi kita patut jadi Al-Quran sebagai buku rujukan dan panduan hidup kita yang sebenar dan menjadi rujukan utama.
Aku tahu mesti diluar sana ada niat nak mencari RUJUKAN ini, ada yang tak jumpa, ada pula jumpa tapi menangguh or segan nak beli rujukan yang penuh dengan ilmu ini. tak mengapa aku pun begitu juga dulu tapi tuhan maha mengetahui apa yang dihajati hambanya..maka aku terjumpa web ini. maklumla sekarang maklumat di hujung jari. web yang aku rasa paling terbaik untuk aku membuat rujukan dan motivasi diri. aku akan pastekan link utk web rujukan hidup ini dibawah..sebelum tu hayati ayat Al-Alaq dulu..mungkin ia akan membuatkan hati anda terdetik untuk membaca dengan lebih banyak.
aku doakan semua kawan dan keluarga kita tergolong dalam orang2 yang berilmu dan beriman. Amin..
Al-Alaq
بسم الله الرحمن الرحيم
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - (3)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - (4)
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7)
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) - (9)
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? (10)
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? - (11)
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? (12)
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? (13)
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14)
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), - (15)
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16)
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), (17)
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)! (18)
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! (19)
petikan dari: http://tanzil.net/#96:1
No comments:
Post a Comment