Tuesday, 28 June 2011

TAKUT OR MALU

kenapa kadang2 kita rasa takut or malu untuk membuat or mengatakan sesuatu...seperti menjual souvenir (frame serangga, key chain, tshirt, dll) di dataran masjid putrajaya...

Thursday, 23 June 2011

MASJID

Orang ckp bangsa lain ada persatuan, kelab dan organisasi yang erat serta kuat diseluruh dunia...tapi kenapa kita bangsa asal bumi malaya takda persatuan yang kukuh...tak bersatu... ada je yang kurang berpuashati dengan kejayaan orang lain begitu juga orang yang dah berjaya, dah success tak jengok dah orang kat bawah. kebanyakan mcmtu kot tapi ada juga yang ok & lg ok kalau lg ramai...

setelah membuat observation selama 3 tahun, aku nmpk jika kita nak bersatu kita tak boleh mengunakan platform bangsa tetapi agama rasmi kita. ya mengikut statistik 14 juta kita punya ahli... ini adalah majoriti rakyak kita.. means 1/2 dr rakyat. so bygkan kalo kita ada persatuan yang ahlinya 14 juta. . kalo ada bencana mcm banjir or tanah runtuh takkan la takleh collect 7 juta dlm 24jam tuk bantu mangsa tersebut (tgk wayang pun boleh kan rm 8 plak tu, kalo darab dgn 5 juta la kan = emm byk tu). .. ini la yg method digunakan oleh bangsa lain. . bila la kita nak apply method tu sedangkan bangsa lain dah berpuluh tahun guna.

so.. ini cadangan aku tuk memajukan rakyat kita:
1- KITA kena pandai mengawal perasaan dan switch perasaan (cth bila kita rasa dengki kita tukarkan   kepada sifat rajin dan ingin bersaing secara sihat).
2- kita kena sedar, rajin, berilmu, dan bersatu.
3-MASJID SEBAGAI TEMPAT BERIBADAH, PROMOSI PERNIAGAAN, AKTIVITI MASYARAKAT DAN PENDIDIKAN GENERASI MUDA.

"Creative method to help people"

Tuesday, 21 June 2011

DREAM + PLAN + DO + CONTROL = SUCCESS

Sy rasa semua orang pernah bermimpi / berangan or secara tepat lagi membayangkan something yang kita nak tetapi belum dapat. bagus, itu petanda yang baik...seseorang perlu mengimpikan sesuatu..perkara ini yang menjadi manusia sebagai makhluk yang bertamadun. Dalam diri kita sentiasa ada perasaan tuk menjadi lebih baik dari semalam.

semuanya bermula dari mimpi/impian/cita2...contoh bercita-cita menjadi CEO syarikat pakaian terbesar di Malaysia. so how to get it? yes...first thing aku kena plan...dalam membuat sesuatu plan aku kena byk membaca, bertanya, dan memerhati melalui ruj orang, kwn2 dan orang yang lebih berpengalaman. aku juga kena menilai diri sendiri supaya tahu ttg kekuatan dan kelemahan diri. selepas tu aku tulis apa yg hendak dirancang. tulis sedetail yang boleh beserta masa tindakan. 

then apa lagi buat la apa yang dirancang...IKUT MASA yang ditetapkan...BUAT dan BUAT...jika ada masalah..SETELKAN. CUBA dan CUBA sampai boleh...berserta dengan DOA. buat solat hajat at least 1 kali seminggu. lg afdal 1 kali sehari. (cuba jdkan rutin selama 14 hari) 

setelah aku usaha dan usaha dan usaha mencapai apa yang dirancang...aku cuba mengawal apa yang telah berjalan...mcm bwk kereta..dah berjaya bergerak kehadapan maka control stering la pula. ... time ni kita kena lihat juga kiri dan kanan jgn pula terlalu laju mengejar tetapi maintain dilaluan yang telah dirancang...kalo tak jika terlalu laju maka sekali terbabas susah nak bangun balik. kita kena pandai menilai dan mengambil peluang yang terbaik sahaja bukan bertindak secara terburu2. kawal emosi dengan akal yang bijak dan bertindak smart. JGN BIARKAN EMOSI MENGAWAL AKAL...

setelah kesemua digabungkan maka terjadilah apa yang anda inginKAN..

"creative planning...make a good result"



Monday, 13 June 2011

TIMETABLE

Sejak sekolah rendah lagi kita sudah dilatih dan diajar untuk menjadi teratur, tapi berapa ramai yang berjaya mengamalkan dalam hidup sehari-hari. ..emm. kenapa hal ini kurang berjaya ye? mungkin cikgu kena ajar murid2 buat jadual untuk lepas sekolah sekali kot dan parent jadi pegawai pemantau. pada pandangan aku rasa sistem belajar kat sekolah mesti diubah 100% sebab ia berdasarkan penilaian exam semata2 kalo ada praktikal pun skit je...ini semua aku terfikir masa hantar adik aku kat sekolah rendah tadi...dah la bag berat adik aku tu kecik, cian aku tgk dia bwk bag besar2. takda lagi ke teknologi loker kat sekolah.. aku rasa kat oversea sana da berpuluh tahun guna sistem tu. takdo la heret n ngendong bag besor2. bila aku kaji blk kenapa tiada perubahan dari dulu smpai sekarang (ada pun skit), mungkin effect dari sistem org2 lama dan taknak ambil idea baru pekerja baru keluaran universiti sekarang, biasalah da ada power... kalau la ikut sistem nabi2 dulu di relate-kan dengan teknologi sekarang aku rasa budak2 darjah 6 dah leh cipta teknologi baru. sebab aku percaya DNA or genetik manusia ni makin maju n berevolusi so jangan hairan la kalo adik2 kita pandai melawan cakap or lg aktif dari kita..hehe.
Idea aku untuk sistem pendidikan:
1-perlu melibatkan semua pihak (guru, family, wakil rakyat, kem. pendidikan dan org ramai).
2- penilaian secara 60% praktikal 40% teori.
3- tahun pertama perlu dipraktikan tentang kepentingan masa, bahasa, cara hormat, amalan seharian (solat, ulangkaji, basuh pinggan, cara melintas jln raya, perkara berkaitan kehidupan seharian).
4- tahun kedua baru diajar berkaitan ilmu sains, matematik, dll. itu pun secara 60% praktikal...buat amali luar, lawatan, dan relate-kan dengan teknologi sekarang.
5- wujudkan sistem mentor dr senior2...sharing knowledge become more clever.
6- wujudkan permainan IQ supaya murid2 lebih kreatif.
7- ibu bapa perlu membaca buku cerita berkaitan dengan cerita or sejarah nabi2...(mcm org putih baca buku fairy tale (kisah dongeng) kepada anak2 mereka). ini dapat melatih bahasa dan cara mereka bercakap dan memupuk minat membaca dlm diri anak2.
8- latih mereka DIY dismping bantu mereka...contoh anak2 nak Handphone so jgn bagi bulat2 mcmtu je tapi latih mereka cari duit sendiri dengan berniaga (kerepek dipek kan kecik jual kat sekolah) ini bukan dera tapi mengajar mereka tentang bisnes dan math, lepas tgk afford dorang ok baru kita tlg bantu tambah duit beli barang yang dia nak.
9- setiap jumaat adakan program pemantapan alquran or agama supaya hati mereka suci dan senang untuk mengingat.
10- pihak kantin perlu menyediakan makanan yang seimbang, berkhasiat dan bersih.
kalo wat pakej macam asrama penuh pun ok. contoh:
belanja sehari biasa rm 1 (average)
sebulan (22 hari)= rm 22
setahun (9 bln) = 22 x 9 = rm198
1 sekolah ada 1000 murid = 198 x 1000 = rm198 000
so..
kalo dibuat pakej mkn seimbang rm 198 sebulan/murid kan lagi jimat dan berkhasiat. pihak guru dan sekolah perlu buat pemantauan sehari sekali tuk pastikan makanan selamat dimakan.
aku rasa kalo beli bundle or byk terus lagi jimat.... pihak ibu bapa pun rasa selamat dan pihak kantin pun dapat untung  tetap.

so tu la yang dapat aku fikir buat masa ini.. kalo korang ada idea nak tambah pun boleh...

"Creative idea to manage time"

Permulaan Hidup Berblog

Setiap perkara ada permulaannya, ini merupakan permulaan bagi hidup bagi seorang yang suka memikir dan menyelesaikan sesuatu perkara walaupun perkara tu tak sepatutnya aku fikir...itulah aku, time di universiti orang panggil aku dengan gelaran probos...kenapa? haa...itu rahsia la kan..nak tahu kena la tanya kawan2 aku..hehe.
ok la nak citer lebih-lebih pasal bio nanti aku tulis kat profile. Objektif..hmm..objektif adalah tujuan, tanpa objektif hidup, apa guna kita hidup...duk goyang kaki jela tunggu benda yang tak tahu apa yang ditunggu. So sebenarnya objektif aku tulis blog ni adalah tuk menyuarakan apa yang aku pendam dan apa yang aku fikir...boleh kata tiap2 hari aku suka fikir benda baru... so untuk mengurangkan beban terlalu banyak fikir ni..maka terjadi la blog ni..
aku harap dengan blog ni aku dapat relakskan otak aku dan dapat kongsi kat umum. so sapa nak wat blog layari je web ni http://www.blogger.com/
simple je...semudah masak telur dadar...haha.

Be Friendly to Everyone