Monday, 13 June 2011

TIMETABLE

Sejak sekolah rendah lagi kita sudah dilatih dan diajar untuk menjadi teratur, tapi berapa ramai yang berjaya mengamalkan dalam hidup sehari-hari. ..emm. kenapa hal ini kurang berjaya ye? mungkin cikgu kena ajar murid2 buat jadual untuk lepas sekolah sekali kot dan parent jadi pegawai pemantau. pada pandangan aku rasa sistem belajar kat sekolah mesti diubah 100% sebab ia berdasarkan penilaian exam semata2 kalo ada praktikal pun skit je...ini semua aku terfikir masa hantar adik aku kat sekolah rendah tadi...dah la bag berat adik aku tu kecik, cian aku tgk dia bwk bag besar2. takda lagi ke teknologi loker kat sekolah.. aku rasa kat oversea sana da berpuluh tahun guna sistem tu. takdo la heret n ngendong bag besor2. bila aku kaji blk kenapa tiada perubahan dari dulu smpai sekarang (ada pun skit), mungkin effect dari sistem org2 lama dan taknak ambil idea baru pekerja baru keluaran universiti sekarang, biasalah da ada power... kalau la ikut sistem nabi2 dulu di relate-kan dengan teknologi sekarang aku rasa budak2 darjah 6 dah leh cipta teknologi baru. sebab aku percaya DNA or genetik manusia ni makin maju n berevolusi so jangan hairan la kalo adik2 kita pandai melawan cakap or lg aktif dari kita..hehe.
Idea aku untuk sistem pendidikan:
1-perlu melibatkan semua pihak (guru, family, wakil rakyat, kem. pendidikan dan org ramai).
2- penilaian secara 60% praktikal 40% teori.
3- tahun pertama perlu dipraktikan tentang kepentingan masa, bahasa, cara hormat, amalan seharian (solat, ulangkaji, basuh pinggan, cara melintas jln raya, perkara berkaitan kehidupan seharian).
4- tahun kedua baru diajar berkaitan ilmu sains, matematik, dll. itu pun secara 60% praktikal...buat amali luar, lawatan, dan relate-kan dengan teknologi sekarang.
5- wujudkan sistem mentor dr senior2...sharing knowledge become more clever.
6- wujudkan permainan IQ supaya murid2 lebih kreatif.
7- ibu bapa perlu membaca buku cerita berkaitan dengan cerita or sejarah nabi2...(mcm org putih baca buku fairy tale (kisah dongeng) kepada anak2 mereka). ini dapat melatih bahasa dan cara mereka bercakap dan memupuk minat membaca dlm diri anak2.
8- latih mereka DIY dismping bantu mereka...contoh anak2 nak Handphone so jgn bagi bulat2 mcmtu je tapi latih mereka cari duit sendiri dengan berniaga (kerepek dipek kan kecik jual kat sekolah) ini bukan dera tapi mengajar mereka tentang bisnes dan math, lepas tgk afford dorang ok baru kita tlg bantu tambah duit beli barang yang dia nak.
9- setiap jumaat adakan program pemantapan alquran or agama supaya hati mereka suci dan senang untuk mengingat.
10- pihak kantin perlu menyediakan makanan yang seimbang, berkhasiat dan bersih.
kalo wat pakej macam asrama penuh pun ok. contoh:
belanja sehari biasa rm 1 (average)
sebulan (22 hari)= rm 22
setahun (9 bln) = 22 x 9 = rm198
1 sekolah ada 1000 murid = 198 x 1000 = rm198 000
so..
kalo dibuat pakej mkn seimbang rm 198 sebulan/murid kan lagi jimat dan berkhasiat. pihak guru dan sekolah perlu buat pemantauan sehari sekali tuk pastikan makanan selamat dimakan.
aku rasa kalo beli bundle or byk terus lagi jimat.... pihak ibu bapa pun rasa selamat dan pihak kantin pun dapat untung  tetap.

so tu la yang dapat aku fikir buat masa ini.. kalo korang ada idea nak tambah pun boleh...

"Creative idea to manage time"

No comments:

Post a Comment